ENTRY ABOUT FACEBOOK INSTAGRAM ASK YOUTUBE +FOLLOW

Deleted Scene At Baitul Qurra :D
Saturday, December 29, 2012

Alhamdulillah ,
segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang dia berikan pada kita ,
kalau nak di hitung segala nikmat Allah , memang takkan mungkin dan takkan pernah kita dapat hitung ,
betapa halus dan unik serta benyaknya nikmat Allah yang 100% mempengaruhi hidup kita seharian ..
Bayangkan , kalau Allah bataskan nikmat yang selama ni Dia kurniakan pada kita ,
bangun-bangun je daripada tidur , tiba-tiba rumah dah tak de kena jual , ibu bapa yang kita sayang tiba-tiba hilang dan kita tak tahu diorang ke mana .. adik beradik semua takde .. kita seorang diri , takke nyaya tu !


Okay , tiba-tiba terasa nak tulis suatu adegan yang tak diceritakan dalam post Pengalaman Baitul Qurra haritu ~ post nie berkaitan dengan keadaan kitorang di BQ juga , tetapi , ketika hendak balik ke rumah .
Harap dapat enjoy post yg santai ni , Insha Allah ;)



Pagi tu , sejuk sangat ^^



Kami sepondok , Naja , Alif , Mu'iz , Muslim dan saya antara yg lambat bertolak balik .
sebelum balik , kami sempat berjumpa Tuan Guru Ustaz Zul .. bersalaman dengan beliau , meminta restu dan berkat serta mengambil gambar bersama beliau . Sejujur-jujurnya dalam hati ini , memang tak nak tinggalkan Bumi Barakah Baitul Qurra ni ! tak nak tinggalkan suasana pondok yg sangat tenang ! tak mahu tinggalkan bi'ah adab yg sangat menyeronokkan dan tak mahu tinggalkan suasana mengaji Agama yg sangat susah untuk didapati biarpun di sekolah sendiri ..



Selesai bersalaman dengan Ustaz , kami terus bersalaman dengan sahabat-sahabat pondok dan peserta-peserta Daurah yg lain . Kemudian , kami menunggu bas di hadapan jalan masuk Baitul Qurra . Untuk pengetahuan , Baitul Qurra terletak di Payasum yg mana sangat ke dalam kawasan kampung , jadi , amat sukar untuk mendapatkan bas di Payasum melainkan keluar ke Jalan Besar yg hampir 2km daripada Baitul Qurra . Jadi , saya dan Muslim terfikir perkara nie . Alhamdulillah , kami berjaya menemukan seorang pakcik yg sedang membersihkan basnya dan pakcik ini setuju untuk menghantar kami ke jalan besar .
Di pendekkan cerita , kami pun menunggu kenderaan awam di jalan besar . Saing kami adalah pelajar dari SMK Sungai Pusu , mereka tua setahun daripada kami juga peserta daurah . Kami akhirnya bersetuju untuk menahan kereta sewa selain teksi , sebab teksi bermeter , jadi harganya mungkin lagi mahal . Beberapa lama menunggu , dua buah kereta sewa berjaya kami tahan dan Saya , Alif , Muiz dan Muslim menaiki kereta sewa yg sama . Lalu kereta kami berlalu pergi ..

bukan Kereta Sewa kami !


Bermulalah kisahnya :)

Kami menaiki kereta sewa yang dipandu seorang pakcik yg umurnya dalam lingkungan 50+ tahun . Kami pada awalnya hanya senyap dan Alif memulakan perbualan kami dengan menanyakan pelbagai soalan berkenaan tempat2 menarik di Melaka . Pakcik pun mula menjawab dan macam-macam lah yg disembangkan .. tentang makanan istimewa di Melaka , keunikan Melaka dan macam-macam lagi , sampai lah tiba-tiba kami semua kembali senyap .

Selepas beberapa minit , pakcik kembali bersuara , Tiba-tiba yg sangat pelik , Pak cik berkata tentang Palestin yg sedang bergolak . Kata pakcik :

"Kamu tahu kenapa Palestin bergolak ? kenapa sampai sekarang Palestin tak aman-aman ? Ini kerana Umat Islam ni tak bersatu . Ulama'-ulama' sendiri pon sama , tak bersatu . Takde Ulama' dan alim-alim yg nak bangun untuk suarakan cara sebenar untuk kita yg tak boleh pergi ke Palestin ni untuk membentu mereka(orang Palestin) . Cuba kalau kita amalkan Al-Fatihah , kita tahu makna dan faham surah tu , setiap hari kita baca ! Al-Fatihah tu besar pahalanya kan ! Al-Fatihah tu lah yg boleh selamatkan Orang Palestin ! Ini tidak , Alim Ulama' sendiri senyap !"

Kami sekadar menggangguk dan mengiyakan sahaja apa yg di katakan pakcik tersebut . Kami juga agak terkejut apabila seorang pemandu kereta sewa tiba-tiba boleh berubah menjadi pendakwah bebas yg membawa kereta sewa . Really osem ^^ !!!

Terkejut !?

Mungkin ada betul apa yg dikatakan pakcik ini . Ada benar dan ada tak benarnya .. Apa yg benarnya ialah kita Umat yg tak bersatu ! Ini suatu hakikat dan tak hairanlah kalau pakcik tu berkata dalam nada yg tinggi . Kata pakcik tu , kita sesama Islam sering jatuh-menjatuhkan . Pakcik ni ada berikan kami contoh masalah org Melayu Islam kita iaitu 'kalau ada orang kaya di kalangan orang Melayu ni , orang kaya tu bukan nak tolong orang kita , tapi pijak balik orang kita'. Perkara ini benar dan banyak berlaku di kalangan kita . Mungkin ada dikalangan mereka yang kaya itu dermawan tetapi majoritinya macam tu lah . Pijak bangsa sendiri . Pakcik jugak bandingkan kita dengan Cina yg sentiasa menyokong sesama mereka .

Tentang Palestin yang pakcik katakan tu agak membuatkan kami tidak selesa kerana sebenarnya , terlalu banyak Ulama' dan alim yg sudah bangun dan bersuara menentang penjajahan Palestin dan cukup banyak antara mereka yg mengajar kita pelbagai amalan untuk kita membantu saudara kita di Palestin . Bukan sekadar Doa menyelamatkan saudara di Palestin bahkan sehingga Qunut untuk menentang kekejaman Palestin juga diajarkan kepada kita . Takpe lah , mungkin pakcik ni tak tahu , mungkin dia jahil dalam bab ni ...

Api , Air , Angin dan Tanah ?


Kami terus mendengar cerita pakcik hingga berhenti di suatu trafik light di sebuah simpang empat . Tiba-tiba pakcik bertanya pada kami :

"Air , api , angin dan tanah yg Allah jadikan .. Mana airnya engkau ? .. Mana apinya engkau ? .. Mana tanahnya kau ? Mana anginya engkau ?  Daripada tanah mana yg Allah jadikan kau nie ? Mana nya api , angin , air dan tanah dalam tubuh badan kau ni ? tunjuk pada pakcik ?"
Pakcik menunjuk kearah badan Muslim yg berada di tempat duduk hadapan . Muslim sekadar berdiam dan pakcik terus menyambung celotehnya :
"Kau belum sampai tahap ni lagi , tapi pakcik boleh tujuk kau sikit je .. air kita yg mengalir dalam tubuh badan kau adalah Darah kau , Api yg ada dalam badan kau adalah Amarah kau , Angin yang ada dalam tubuh badan kau adalah nafas kau dan tanah yg Allah jadikan kau ini adalah daging kau ! Kau takkan jumpa apa yg pakcik cakap ni kalau bukan betul-betul cikgu yg mengajar kau ... Ini tahap dah tinggi pakcik cerita ni tau ! .. Jangan terlalu taksub dengan Tauhid saja sampai kau lupa yang lain ! Tauhid , Tasawuf dan Feqah ni mesti berjalan selari !"

Panjang lagi yg dikatakan pakcik tetapi yg ingin difokuskan adalah ini . Alhamdulillah , mungkin ini petanda Allah pada kami , petanda yg Allah nak suruh kami belajar dan kuasai ilmu lain . Kuasai ilmu yg pakcik katakan . Mungkin benar apa yg dikatakan pakcik ini . Elemen-elemen ini banyak digunakan Ulama'-ulama' tasawuf dalam menerangkan ilmu tasawuf dan mungkin pakcik ini adalah antara orang yg belajar ilmu tasawuf . Sememangnya , setiap benda hidup mempunyai elemen dan adalah perlu untuk kita mengetahui elemen-elemen yg wujud dalam badan kita tetapi apa yg dikatakan pakcik ini tak semestinya benar . Diingatkan dalam menuntut ilmu , kita mestilah membuka hati dan minda kita dalam menerima ilmu . Jadi , yang penting ialah , apa yg dikatakan pakcik ini ialah "Tauhid , Tasawuf dan Feqah ni mesti berjalan selari !' dan itu yg kita kena pegang . Jangan kita ambil satu dan taksub sehingga mengabaikan yg lain dan adalah wajib untuk kita mengetahui dan mempelajari ketiga-tiganya barulah kita betul-betul Mukmin sejati .

Petua oleh Pakcik


Kami terus berjalan hingga akhirnya tiba di Melaka Central . Sebelum tiba di Melaka Central , pakcik sempat pesan kat kami .
"Ini petua kalau tak nak terbabas belajar .. jangan makan sebarang .. JANTUNG ! yang ada perkataan jantung , mcam jantung pisang tak boleh ! Kau akan berjaya ..."
Lalu kami tiba di Melaka Central . Masuk sahaja ke Melaka Central , kami pun mula bersembang tentang pakcik tadi dan kesimpulan yg saya dapat buat ialah , mungkin kami ke Baitul Qurra hanya mempelajari dan memfokuskan Tauhid dan Feqah dan  amat sedikit tentang Tasawuf dan mungkin itu adalah peringatan daripada Allah untuk kami agar kami perlu juga untuk menambahakan ilmu kami dalam bidang Tasawuf :)

Suatu pengalaman yang amat jarang dan payah ditemui dan mungkin sekali seumur hidup ^^ Alhamdulillah !
Ingat , jangan ambil semua yang dikatakan pakcik tadi tetapi , dengar dan kritik kemudian cari hakikat sebenar tentangnya . Saya sekadar menyampaikan apa yg saya dengar dan pendapat saya :)


الله اعلم


0 comment[s] | back to top