ENTRY ABOUT FACEBOOK INSTAGRAM ASK YOUTUBE +FOLLOW

Sebiru Hari Ini ~
Sunday, December 30, 2012

Allahu Akbar , walaupun masih banyak homework yang belum disiapkan pada malam terkahir sebelum ke Bumi Waqafan ini , Allah masih mengurniakan saya sedikit kesempatan sebelum saya bertumpu terhadap Holiday Package yang diberi cikgu-cikgu untuk menulis blog . Mungkin post kali ini adalah post terkahir sebelum saya balik ke sekolah tercinta iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah .

Cuti Kita ?

Sedar tak sedar dah malam terakhir di Saujana Utama dan mungkin malam kedua terakhir bagi sahabat-sahabat seperjuangan saya . Cukuplah hampir sebulan lebih kita bercuti sekolah . Sekadar muhasabah untuk kita .. Adakah cuti kita cukup bermanfaat ? cukupkah ibadah kita kepada Allah ? Dulu masa sekolah , ingat tak kita kata :
"Aku susah nak beribadah lah , Exam dah dekat , tak boleh nak fokus pada ibadah sangat .."

Mungkin bukan itu yang kita kata , tapi itulah yang bersuara dalam hati kita . Kita beralasan susah nak beribadah masa sekolah sebab ada banyak program , nak exam .. Untuk yang sekolah SBP dan sebagainya , Program sekolah dan program Badar banyak sangat .

Musolla Saidina Ali , tempat di mana aktiviti Badar dibuat di Kisas



Ya , mungkin alasan itu relevan kerana , memang sukar untuk kita menumpukan dua kerja dalam satu masa . Dengan sibuknya belajar lagi , ditambah dengan homework , disogok dengan aktiviti sekolah dan Badar lagi , memang 'jam' la jadual harian kita . Sampai susah nak fokus ibadah .


"Okay , sekarang dah cuti dan dah nak habis cuti .. cukupkah ibadah kita ? cukupkah tahajud kita ? penuhakah wirid amalan harian kita ? lengkapkah amalan sunat kita ?" 
Bukan anda sahaja yg bercakap tidak , saya juga akan berkata TIDAK kerana , sememangnya sangatsangatsangat dan sangat sukar untuk kita penuhkan cuti kita dengan amalan . dengan Facebooknya , dengan Twitternya , dengan Tumblrnya , dengan Ask.fm nya dan macam-macam lagi lah ujian dunia yg melalaikan .


orait , post ni bukan nak bagi kita tension-tension tapi nak sowh kita fikir sket ..



dah habis fikir ?
Okay , now the best part come ..

Asif Jiddan :(

Sepanjang cuti ni , saya nak mintak maaf kalau ada terkasar bahasa , tersalah kata , terperli ke , terkutuk ke , terumpat ke dan apa-apa lagi kesalahan yang saya pernah buat dekat korang semua . Maafkan saya . Saya mintak halal ilmu yg saya pelajari daripada mana-mana daripada korang dan terima kasih sebab sudi kongsi ilmu dengan saya .

'
"Maaf sangatsangatsangat ~Maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ."

Terima kasih dan satu lagi doakan saya dapat 11A+ SPM 2013 nie .. Moga terccapai hajat nak fly ke luar negara . Dulu target nak ke Universiti Al-Azhar tapi sekarang dah tak tahu . Mungkin nanti akan ditunjukkan Allah ^^ . Doakan ya ! Insha Allah , saya akan doakan sahabat jugak ;)


Nie pulak khas untuk sahabat The Da'ies yang sangat(yang tak terbilang berapa kali sangatnya) saya cintai kerana Allah , terima kasih atas segala apa yg kita lakukan , moga semua pengalaman nie kita takkan lupakan bersama dan ia menjadi asam garam dalam hidup kita :) syukran alaikum jamian !

Sayang The Da'ies ♥♥♥
Akhirnya sebagai penutup , sudilah sekiranya sahabat mendengar sebuah lagu yang saya nyanyikan khas untuk semua sahabat saya .. maaf sekiranya sumbang dan menyakitkan telinga , tetapi lagu ini sememangnya khas untuk kamu , hayati dan dengarkanlah . Lagu daripada kumpulan Ed-Coustic berjudul Sebiru Hari Ini .

*maaf , awal-awal lagu ini agak 'sleck' sebab saya terlupa lirik xD





Liriknya di bawah ini :

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah


Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini


Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Bukankah hati kita telah lama menyatu
Dalam tali kisah persahabatan Illahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
Seindah hati kita, walau kita kan terpisah ...

Syukran baca post ni .. semoga bertemu lagi :)

الله اعلم


0 comment[s] | back to top