ENTRY ABOUT FACEBOOK INSTAGRAM ASK YOUTUBE +FOLLOW

Kita Mukallaf ^^
Tuesday, February 12, 2013

Alhamdulillah ,
pada pagi yang sejuk ni ,
Allah kurniakan masa lapang pada saya untuk menulis blog .



Allahu Akbar !
lama dah rasanya tak post .
dapat cuti Tahun Baru Cina ni , jadi dapatlah balik ke rumah update blog ..
tapi , cuti pon sampai jumaat je ..
apa-apa pun , Alhamdulillah .

So , apa cerita sekarang ?
al-maklumlah , semua orang meningkat dewasa dan akan mendepani dunia ,
yang darjah enam , kini tingkatan 1 ..
yang tingkatan 3 kini tingkatan 4 ..
yang tingkatan 4 kini tingkatan 5 ..
dan yang tingkatan 5 kini tunggu result untuk stay ? haha :D

pejam-celik , pejam-celik , dah masuk form 5 ..
masa yang berlalu macam air je ...
wallahu a'alamlah ianya benar-benar dimanfaatkan ,
atau hanya kosong tanpa amalan yang sepatutnya ..

Kini , sahabat yang lahir 1996 , Batch 0913 dah jadi form 5 .
Kata orang , ni lah 'senior year' ,
tahun keseronokan juga tahun kesedihan , nak SPM kan ..

Jadi Form 5 di Kisas ?
Alhamdulillah .. memang tak seronok pun sebenarnya ..
tapi , alhamdulillah , semakin hari , Allah beri  ketenangan untuk menghadapi taqlifan ini .

Taqlif


Taqlif.
Mungkin ada yang tertanya-tanya , apa dia taqlif ni ?


Taqlif ini didefinisikan sebagai tanggungjawab ..
Tanggungjawab yang diberikan atas seseorang itu untuk melaksanakan sesuatu .
teringat kalam Ustaz Zulkifli Ismail sewaktu mempelajari kitab Kharidah Al-Bahiyyah ..

Kata Ustaz : "Taqlif ini adalah suatu yang dijatuhkan kepada Mukallaf (مكلّف)"

Mukallaf (مكلّف) yang dimaksudkan oleh Ustaz adalah kita .

Kita mukallaf ?
kenapa macam tu ?
kerana Allah dah beri 3 taqlif kepada kita , semenjak kita bersaksi Allah itu Tuhan kita dan Rasulullah itu nabi kita .

Taqlifan itu ialah :
  1. Abidullah : Hamba Allah
  2. Khalifatullah : Khalifah Allah
  3. Da'ie ilallah : Pendakwah kerana Allah

tapi sahabat-sahabat , percaya tak bahawa taqlif ini sebenarnya satu perkara yang menyeronokkan dan menggembirakan kita sekiranya kita benar-benar memahaminya ?

Gembira memikul Taqlif

Dah nama tanggungjawab , acane nak gembira ? --'
tapi bergembiralah ...
Sungguh ! kenapa saya berkata demikian ,
Taqlif yang merupakan bebanan boleh menggembirakan kita ? apakah ? --'

Ini kerana , selagi kita terpikul dengan taqlif ,
Allah akan terus mendatangkan ujian dan menduga kita .
Syaitan akan berterusan menggoda kita dengan kata-kata dusta mereka
Nafsu akan berterusan menuntut kita memenuhi kehendaknya
dan apabila semua perkara ini terus berlaku ,
maka , sahabat akan gembira , kerana ,
sampai tika ini dan masa ini ,
Allah masih sayang kita dan terus menduga kita dengan ujian .
"Allah uji kita tanda Allah sayang kita"


Alhamdulillah ,
betapa jelasnya bukti yang Allah menyayangi kita !
Orang beriman itu apabila diuji , ia akan terus bersyukur dengan ujian tersebut kerana dia yakin dalam setiap ujian Allah itu terdapat kebaikan dan itulah bukti Allah sayang dia ..
Jadi bergembiralah abang-abang dan kakak-kakak (khususnya untuk Form 5)

Risau tidak diuji

Teringat kisah Saidina Ali Karamallahu Wajhah yang sangat risau tidak diuji ..

Suatu ketika , beliau sudah beberapa lama tidak diuji ,
hidupnya senang sahaja , kaya , aman dan tenteram .
kesihatannya juga berterusan sihat ..
Perkara ini berlanjutan beberapa hari ,
Suatu hari , Saidina Ali berasa risau ..
Risau kerana beliau telah lama merasakan diri beliau tidak diuji .
Maka , beliau bertemu Rasulullah dan menyatakan masalah beliau .

Lalu , sebagai sahabat yang baik , apa kata Rasulullah ..
"sebenarnya , kesenangan yang diberi pada kamu itu adalah ujian untuk kamu"
(lebih kurang macam tu lah)
Jadi bergembiralah dengan ujian kamu .. tetapi , jangan lupa teruskan membaca ..

Kalam Terakhir

Dalam kita mengukir senyuman tika diuji dan bergembira dengan ujian Allah
perlu diingatkan sahabat-sahabat ..
Sememangnya , kita wajar bergembira dengan ujian ini ..
betapa indahnya kita masih diuji Allah ..
tetapi , ingat sahabat ..
mereka yang diuji ini boleh jadi ke syurga dan boleh jadi juga ke neraka .
Ini kerana amanah itu adalah amanah Allah kepada kita ..
jadi , sekiranya kita tidak melaksanakan amanah Allah , maka ibaratnya kita mnecabar hukum dan azab Allah .

Nauzubillahi min zaalik ,
moga kita bukanlah orang yang mencabar Allah ,
Jadi , pesanan ana kepada sahabat Kisas yang membaca dan boleh juga dijadikan ibrah pada sahabat lain ..
Ana bukanlah orang yg layak memerintahkan apa-apa pada sahabat-sahabat ..
sekadar nasihat daripada seorang kawan pada kawannya yang lain ..

Tunaikanlah tanggungjawab yang Allah beri pada antum sebaik baiknya , jangan tinggalkan syariat dan ingat jika antum rasa pasrah bila diuji , kenang balik zaman kita ditarbiyyah bersama , suka duka kita tika ditarbiyyah .. manis taaruf , pahitnya Liqa' M .. maka , takkanlah antum nak pasrah dan taruhkan tarbiyyah dan bi'ah solehah Bumi Waqafan ini begitu sahaja . Insha Allah , kita sesama sahabat , bangkit jatuhnya kita bersama .. Pemimpin disokong orang yang dipimpin , Orang yang dipimpin pejuangkan pemimpin .. Semoga Allah merahmati dan memberkati Bumi Waqafan dan warganya serta keseluruhan isinya , Insha Allah :)

Jazakumullah kepada pembaca-pembaca semua .
yang baik itu daripada Allah dan yang kurang itu daripada diri saya sendiri ,



الله اعلم

0 comment[s] | back to top