ENTRY OWNER FACEBOOK TWITTER ASK +FOLLOW

Azam Tahun Baru
Saturday, January 2, 2016

Tahun baru sudah menjelma. Walaupun hakikatnya sudah 74 hari sudah masuknya tahun baru, dengan merai adat bumi tanah tumpah darah ini, maka kita juga turut sama bergembira meraikan tahun baru masihi.

Tahun baru bererti Hari baru
Hari baru untuk azam yang baru.

Alhamdulillah, Allah masih memberikan sedikit peluang untuk bernafas di bumi ini. Walaupun jika ditimbang dosa aku hari ini, semestinya jika ingin Allah matikan, maka apalah bekalan yang boleh aku bawakan untuk dipersembahkan dihadapan Rabb ul-Jalil Azza Wa Jall.

Aku percaya pada kajian barat bahawa 'people who have will success more' yang mana, mereka yang ada nekad dan azam yang tinggi itu berjaya lebih. Jadi aku juga tidak ketinggalan mentajdidkan azam aku untuk tahun baru masihi ini.

Aku tak suka bercerita panjang tentang will. Sebab aku temui ia dalam Islam ini lebih menarik yang dipanggil 'Himmah Al-Aliyah'. Aku teringat suatu kuliah dari Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir hfz. berkenaan penuntut ilmu yang perlu ada himmah atau keinginan ini. Dan Al-Fadhil Ustaz Nazrul hfz. mensyarahkan hukum fiqh pada mereka yang punyai himmah semacam ini.

Kata Ustaz, mereka yang punya himmah begini terkadang himmahnya sehingga boleh membuatkan orang lain mati. Kalau sungguh dia sudah punyai keinginan untuk orang sekian mati, maka orang itu boleh mati. Orang kita panggil mulut masin. Tapi lebih lagi orang begini.

Sehingga Ustaz ceritakan mereka ini hukum fiqihnya boleh dipenjarakan oleh imam (pemerintah) dan mereka kena dilayan dengan diberi makanan dan lain-lain keperluan dalam penjara mereka. Ini atas jalan memelihara maslahat ummat.

Bukan hukum fiqh itu yang hendak aku panjang lebarkan. Tetapi, Masha Allah. Aku terfikir mana mahu cari orang begini hari ini. Jika aku jumpa seorang, tiada lain melainkan aku akan tanya macam mana mereka mampu memfokuskan sesuatu keinginan untuk mendapatkan sesuatu perkara sehingga ke satu tahap yang sangat tinggi seperti itu.

Kagum dengan orang begini. Dan aku rasa jenis orang yang sama juga aku rasakan ada pada orang-orang magician atau ahli silap mata semacam David Blaine. David Blaine selepas aku menghabiskan sedikit masa aku untuk melihat video-videonya merupakan pengamal ilmu hitam. Dia bukan lagi magician tetapi dark magician. Video yang sangat jelas buktinya, memang mengagumkan tetapi sangat mencurigakan.
Water Tank

Nama David Blaine adalah nama yang tidak asing untuk dunia magis hari ini. Jika dulu Houdini merupakan tokoh magis yang masyhur maka kini Blaine pula penyambung legasi magis luar biasa Houdini. 

Bukan untuk meletakkan mereka sebagai tokoh, jauh sekali untuk mengajak meminati dunia magik hitam ini tetapi aku tertarik dengan will power Blaine yang menggerakkan aku untuk melihat beliau di Youtube. Suatu perkongsian yang ada dirakamakan di TEDTalk.

Blaine menceritakan bagaimana dia memecah rekod dunia menahan nafas. Mind-set aku sebelum melihat video ini adalah magician bukan satu bidang professional dan bidang seni hiburan ini kebanyakannya bermula dari bakat semula jadi, terutama dalam bidang menjadi ahli sihir. Konklusi aku itu sememangnya silap apabila mata aku terbuka oleh perkongsiannya.

Blaine menjalankan latihan pernafasan hampir setiap hari selepas bangun tidur. Dengan usaha memastikan badannya sentiasa fit kerana kataya jika badan terlalu besar akan mengambil oksigen yang banyak dan jika terlalu kecil akan menyukarkan kitaran oksigen. Blaine juga berjumpa doktor pakar untuk mengetahui kadar maksima manusia mampu menahan nafas dan risiko-risiko. Dia juga menjalankan kajian yang sangat tetliti untuk memastikan shownya itu berjaya dan rekod dunia terpecah.

Jadi kembali kepada fokusnya adalah will power Blaine. Sangat luar biasa.

Aku juga bertemu dengan tulisan Ir. Amjad Qasim terbitan Jundi Resources bertajuk Hafalan Al-Quran Dalam Sebulan. Dan diceritakan juga will-power beberapa orang akhawat yang juga suri rumah dan punyai keluarga dan anak tetapi testimoni berjaya. Mereka berjaya menghafaz Al-Quran dalam masa satu bulan. Bahkan ada yang kurang dari itu.

Recommended untuk mereka yang sungguh nak hafaz Al-Quran


Aku yakin banyak lagi kajian-kajian dan tulisan begini dan aku yakin ramai orang begini dan aku berharap aku dapat berjumpa mereka dan seterusnya Allah pilih aku pula menjadi seperti mereka.

Jadi azam tahun baru ini bukan azam kosong. Aku berazam aku menjadi hafiz Al-Quran dalam tempoh 2 bulan, insha Allah. Dan aku juga berazam untuk rajin menulis. Maka apa yang ditatap pada saat ini adalah jalan aku menyempurnakan azam.

Mudahan Allah kabulkan azam kita semua.
Amin.

8.50 mlm
Bilik,
Baiti Jannati,
Sungai Buloh,
Selangor.


0 comment[s] | back to top