ENTRY ABOUT FACEBOOK INSTAGRAM ASK YOUTUBE +FOLLOW

2 Hari
Wednesday, July 6, 2016

Bismillah.

Coretan ini bukan coretan aidilfitri.
Ia bukan coretan aidilfitri

Coretan ini sekadar meluah rasa yang terbuku di hati. Rasa yang jika dibiar menyeksa jiwa. Rasa yang mungkin tidak terzahir dengan kata-kata... tetapi cuba juga di abadikan dalam tulisan, mudahan suatu hari nanti ianya tidak dilupa, kekal tersemat menjadi kenangan untuk mengingatkan kembali itu rasa.

Hari ini khamis.
7 Julai 2016.
Dengan terbitnya matahari pagi tadi, maka tinggallah masa berbaki di Malaysia ini.., kurang lebih dalam 2 hari.

 'How time flies...'

Dan terus terang, perasaan itu bercampur baur. Sungguh perasaan seronok, gembira dan teruja itu sangat tinggi, bahkan hati terasa seperti jika boleh hendak dicepatkan, mahu sahaja dipercepatkan. Tetapi disebalik kegirangan itu, tidak boleh dinafikan hiba dan kesedihan juga bersama. Sedih bukan kerana lepas ni tak merasa rendang ibu lagi, ataupun bukan sedih kerana tidak dapat makan ayam masak merah nekda... tetapi kesedihan itu datang pada hendak berpisah.

Bukan sedikit masa dan kenangan yang dicurahkan dan diukir dalam masa di Malaysia. Tanah tumpahnya darah yang sangat dicintai. Mungkin BTN berjaya menyuntik semangat cintakan negara dalam diri ni (walaupun macam-macam yang berlaku dan tidak dipersetujui dalam BTN :D), alhamdulillah.

Dalam sedikit masa berbaki ini, masih dalam satu dilema yang aku kira kompleks sebenarnya dan aku masih memohon petunjuk dan doa agar dipermudahkan Allah.

Dengan ratusan nasihat daripada ibu ayah, pakcik makcik, atuk, guru-guru, masyaikh dan lain-lain yang sudi menasihati diri ini, semuanya mengharapkan yang terbaik dan semuanya juga menginginkan aku menjadi yang terbaik.

Tetapi aku risau, sekiranya aku balik dan aku bukan orang yang terbaik.
Aku risau aku yang tertewas untuk tidak hadir ke kelas yang serba tidak wajib di Al-Azhar.
Aku risau jika aku menjadi mereka yang tidur di bawah selimut tebal hampir seluruh hari ketika syita' (musim sejuk) nanti.
Aku risau kalau-kalau aku yang menjadi sebahagian orang yang menjadi 'peniaga berjaya' instead of 'pelajar berjaya' di sana.
Aku risau kalau aku yang menjadi salah seorang 'pelancong tegar' yang justeru mengubah niat aku 'musafir menuntut ilmu' menjadi 'musafir melencong'
Aku juga risau aku yang tidak istiqamah ke kuliah dengan beralasan kuliah aku paling jauh dari asrama selangor.
Aku risau dan aku risau banyak lagi perkara lain....

Aku risau duit zakat ini aku gunakan untuk berjoli....

Dan paling aku risau, aku menjadi firaun berbanding musa...

Naudzubillah. Walaupun menjadi ahli sihir firaun yang kufur pada awalnya tetapi setelah bersaing dengan Nabi Musa a.s. dan merasai sendiri keangungan mukjizat baginda, maka beriman dan meninggalkan Firaun.

Walaupun ahli sihir firaun juga aku tidak mahu! naudzubillah.

Oleh itu aku sentiasa memohon doa daripada semua, sahabat-sahabat setiap kali aku berjumpa dengan kamu semua. Mohon agar Allah istiqamahkan aku. Aku mengharapkan yang lebih baik pada kata 'Muslim di timur, Islam di barat'. Dan aku berharap agar terus dipelihara dalam rahmat Allah.

Dan berazam untuk terus menulis sepanjang aku disana. Insha Allah. doakan saya :)


0 comment[s] | back to top